Akhlak Rasulullah saw. kepada Anas r.a., Seorang Hamba

HAYATUSH SHAHABAH – Dari Anas r.a., katanya ketika: Rasulullah saw. sampai di Madinah, Abu Ubaidah memegang tanganku lalu membawaku menemui Rasulullah saw.. Abu Ubaidah berkata, “Ya Rasulullah! Anas adalah seorang hamba yang bijak, ia akan berkhidmat kepada engkau.”

Maka aku pun berkhidmat kepada Rasulullah saw. baik dalam perjalanan maupun dirumahnya. Demi Allah! Baginda tidak pernah berkata terhadap yang aku lakukan dengan bertanya, “Mengapa kamu lakukan ini?” Tidak juga kepada yang tidak aku lakukan dengan bertanya, “Mengapa kamu tidak melakukan ini?”

Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas: Rasuulah saw. adalah seorang yang paling indah akhlaknya. Pada suatu hari, Baginda menyuruhku pergi ke suatu tempat, tetapi aku tidak pergi. Sebenarnya dalam hati ku aku ada keinginan untuk pergi apabila diperintahkan oleh Nabi saw.. Aku pun keluar, hingga melewati sekumpulan anak-anak yang sedang bermain di pasar. Tiba-tiba Rasulullah saw. memegang tengkukku dari belakangku. Aku pun melihat ke arahnya, aku melihat Baginda sedang tertawa dengan bersabda kepadaku, “Ya Anas! Apakah kamu telah pergi seperti yang aku suruh.”

Aku pun menjawab, “Ya, aku pergi sekarang ya Rasulullah.”

Demi Allah! Aku telah berkhidmat kepadanya Sembilan tahun, tetapi setahuku, Beliau tidak pernah bertanya atas apa yang telah aku lakukan dengan pertanyaan, “Mengapa kamu lakukan ini?”  atau terhadap yang tidak aku lakukan, dengan pertanyaan, “Mengapa kamu tidak melakukannya?”

Demikian juga dalam riwayat Muslim dari Anas r.a. juga: Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah saw.selama sepuluh tahun. Demi Allah! Baginda tidak pernah berkata, “Pergi kamu.” Baginda juga tidak pernah berkata, “Mengapa kamu lakukan ini?”

Dalam riwayat Ahmad dari Anas, katanya: Aku telah berkhidmat kepada Nabi saw. selama sepuluh tahun. Sekiranya baginda memerintahkan aku melakukan sesuatu tetapi aku tidak melakukannya, maka baginda tidak pernah memarahiku. Jika salah seorang dari keluarganya atau sahabatnya mencercaku, baginda akan berkata, “Tinggalkanlah dia, Sekiranya telah ditakdirkan, maka ia akan melaksanakannya.” (al Bidayah)

Dalam riwayat Abu Nu’aim dalam ad Dalail dari Anas r.a.: Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah saw.untuk beberapa tahun. Dalam tempo itu, Baginda tidak pernah mencercaku dan memukulku, menghardik atau wajahnya berpaling dariku. Begitu juga sekiranya Baginda saw. memerintahkanku melakukan sesuatu tetapi aku tidak melakukannya, Baginda tidak pernah memarahiku atau menghinaku. Jika salah seorang keluarganya mencaciku  baginda akan berkata, “Biarkanlah ia, jika sesuatu itu telah ditakdirkan, maka akan terjadi.”

Dalam riwayat Ibnu Asakir juga dari Anas r.a.: Rasulullah saw. tiba di Madinah dan aku ketika itu berumur sepuluh tahun Ibuku membawaku menemui Rasulullah saw. dan berkata kepadanya, “Ya Rasulullah! Sesungguhnya kaum lelaki dan wanita anshar telah memberikan hadiah kepadamu kecuali aku. Aku tidak mempunyai apa-apa untuk dihadiahkan kepadamu kecuali anakku ini. Terimalah ia untuk berkhidmat kepadamu selama-lamanya.”

(Kata Anas) karena itu, aku telah berkhidmat kepada Rasululla saw. selama sepuluh tahun, tetapi dalam waktu selama itu Baginda tidak pernah mencaci dan memaki aku, Baginda juga tidak pernah  memukul dan memalingkan wajahnya dari (bermuka masam).” (al Kanz)

Dikutip dari Kitab Hayatush Shahabah Jilid 2 hal. 590-591, Penerbit Pustaka Ramadhan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *